Seronok dan Puas

Happy

Keseronokan dan kepuasan tak sama. Seronok tak semestinya puas. Tapi kalau puas confirm seronok.

Waktu kita berbuka puasa, dapat minum air ais banyak-banyak memang seronok, tapi belum tentu puas. Ada orang buka puasa dengan air suam pun dah boeh puas.

Bila kita buat sesuatu yang Allah redho, kira akan rasa seronok dan puas. Seseorang yang buat sesuatu yang menyeronokkan tapi tak mengundang redho Allah, seronok tu sekejap ja. Nanti bala pulak yang datang.

Hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan 1435 nak tinggalkan kita. Sedih pun ada seronok pun ada jugak..

Rahsia Baris Al-Quran

rahsia baris alQuran

Setiap hari anda membaca al-Quran, adakah anda memahami apa yang anda baca? Atau setidak-tidaknya anda tahu kenapa al-Quran mempunyai pelbagai baris / tanda bacaan?

Terdapat baris depan, atas, bawah, baris mati, syaddah dan tanwin dalam al-Quran. Adakah baris-baris ini sengaja direka? Atau baris-baris ini mempunyai rahsia yang tersendiri?

Rahsia Baris Al-Quran Siri 1 membincangkan keunikan-keunikan baris yang terdapat dalam al-Quran.

Sekiranya anda memahami rahsia baris al-Quran, secara tidak langsung anda telah belajar sedikit sebanyak kaedah bahasa Arab.

Layari www.bahasaarabmudah.com untuk maklumat lanjut…

pakej A

MH17, BERITA atau BALA?

MH 17

Apabila Allah murka pada sesuatu kaum, 1 per 1 bala akan turun. Ketika dunia tengah memberikan fokus kepada Gaza, perhatian tu beralih pulak kepada MH17.

Rasa terhina sangat kenapa Malaysia yang mencuri tumpuan dunia terhadap bumi Palestin, salah 1 daripada 3 rumah suci Allah.

Macam-macam nikmat yang dah kita dapat. Tapi sampai hari ni pemimpin Malaysia tak boleh nak terima 100% hukum Allah. Teruk sangat ka undang-undang al-Quran tu??

Tahun ni saja 2 pesawat kita terkorban. Belum kira lagi berapa banyak kes bunuh, ragut, rogol, curi, buang anak, bergaduh, dera, hina keluarga dan macam-macam lagi.

Seolah-olah Malaysia bukan lagi negara yang aman dan diberkati Allah.

“Sekiranya penduduk sesuatu tempat itu beriman sepenuhnya dan bertakwa, Kami pasti akan bukakan kepada pintu keberkatan dari langit ke bumi.”

لو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض

Sekarang ni kat Malaysia bukan kat darat saja yang dah tak selamat, dekat laut dan ruang udara pun dah terancam.

Astaghfirullah! Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah!

Kuat dan Lemah Ingatan

Masa sekolah agama dulu, bila menghafaz kitab-kitab Arab jadi senang ingat. Boleh ingat dalam tempoh yang lama pulak tu.

Bila dah masuk alam dewasa, jadi susah nak hafaz. Rasa pelik pulak.

Sebab apa ingatan anak-anak lebih kuat daripada golongan dewasa?

Ikutkan logik, orang dewasa lebih matang dan boleh fikir dengan lebih jauh. Budak-budak ni kerja nak main ja, tapi tahap ingatan diorang pulak yang kuat. Bila hafaz sesuatu boleh ingat lama. Orang dewasa cepat faham, tapi bila mengahafaz payah nak ingat.

Al Ahnaf bin Qais pernah kata:

“Orang dewasa memang lebih matang fikiran, tapi jiwa mereka terlalu sibuk memikirkan banyak perkara.”

الكبير أكثر عقلا ولكنه أشغل قلبا

Bila jumpa kata-kata ni baru aku faham sebab apa daya ingatan aku makin lemah. Dah masuk dewasa ni macam yang nak difikirkan…

hafaz 2

Kena Hafaz?

hafaz

Betoi ka ngaji bahasa Arab ni kena banyak mengahafaz?

Lebih kurang 18 tahun yang lalu, lepas dapat ja keputusan UPSR, dapat beberapa tawaran masuk ke peringkat sekolah menengah termasuk sekolah asrama penuh.

Masa tu student lelaki kalau skor semua A akan dapat banyak ofer la. Alhamdulillah kira banyak jugak tawaran yang aku dapat. Last sekali aku pilih masuk Maktab Mahmud. Cikgu-cikgu sekolah pakat pelik sebab apa tak masuk sekolah asrama penuh, pi pilih sekolah agama.

Aku tak tau macam mana nak jawab, cuma follow apa yang arwah tok wan cakap.

Ayah aku pesan nak masuk sekolah agama kena banyak menghafaz. Aku kata ok ja, masa tu aku tak dak masalah sangat nak hafaz subjek-subjek yang belajar.

Tingkatan 1 dan tingkatan 2 aku rajin menghafaz. Tak kira subjek apa, Tauhid ka, Feqah ka Tafsir ka semua aku hafaz. Bila hafaz tu tak la ingat semua, tapi oleh kerana ramai kawan-kawan aku yang tak hafaz, time exam boleh gak dapat top 5. Dapat dalam 83% cukup-cukup makan.

Bila dah masuk tingkatan 3, aku terpengaruh dengan kata-kata senior. Depa kata tak hafaz pun tak pa, time jawab exam try buat ayat bahasa Arab sendiri. “Tak kan dah ngaji 2 tahun tak x vocab lagi kot”, kata senior-senior.

Aku pun try folow apa yang depa kata. Time PMR bahasa Arab dapat B, SPM dapat A.

Rupa-rupanya baru aku sedar yang ngaji bahasa Arab fokus kepada hafazan dahulu. Apabila kita menghafaz, bermaksud kita sedang berusaha menguasai gaya bahasa Arab yang original.

Ramai pelajar sekolah agama rasa malas nak menghafaz. Aku faham masalah tu sebab aku pernah lalui situasi tu.

Tapi kita kena ingat, mengaji agama ni adalah 1 jihad. Kita tak perlu pi angkat senjata untuk lawan musuh. Cukup hanya sekadar tingkatkan usaha untuk kuasai ilmu agama yang kita belajar.

Pada peringkat awal pembelajaran bahasa Arab, menghafaz adalah 1 jalan pintas untuk berjaya dengan mudah.

Pesan saya pada adik-adik yang belajar di sekolah agama, “Rajin-rajinlah menghafaz subjek yang sedang kamu pelajari. Menghafaz adalah 1 pelabur masa yang sangat menguntungkan.”

hafaz 2

Keindahan Taubat 1

taubat

Apa perasaan anda bila ada orang suruh kita bertaubat? Ada yang jawab, “macam nak marah pun ada, ingat aku ni jahat sangat ka.”

Taubat ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud kembali. Kita kembali kepada fitrah asal kita yang suci bersih sewaktu dilahirkan dulu.

Bagi yang melakukan kesalahan, taubat untuk dia bererti menyesal daripada melakukan perbuatan buruk tersebut dan tidak mahu mengulanginya.

Bukan orang buat salah ja yang kena bertaubat, orang sentiasa menjaga diri daripada tidak melakukan dosa pun kena bertaubat jugak. Bunyi macam pelik ja ni.

Nabi Muhammad SAW adalah insan yang Allah telah ampunkan dosaNya yang terdahulu dan akan datang pun beristighfar tak kurang sehari 70 kali. Itu Nabi SAW, apalah lagi orang macam kita.

Nabi SAW beristighfar bimbang akan kurangnya syukur Baginda kepada Allah. Kita adalah lebih utama untuk bertaubat dan beristighfar. Apakah amalan yang kita persembahkan kepada Allah bersesuaian dengan tahap kemuliaan Allah dan kebesaranNya?

 

Lepas UPSR

maahad

Aku memang minat pengajian agama dari kecik lagi. Masa kecik-kecik selalu ikut ayah dan tok wan pi pengajian kitab. Masa tu di Kedah memang banyak pengajian kitab-kitab turath.

Bila dapat 4A dalam UPSR (waktu tu cuma 4 subjek), dapat beberapa tawaran ke sekolah asrama penuh. Oleh sebab keinginan nak belajar ilmu agama yang sangat tinggi, semua tawaran tu aku tolak.

Aku ikut nasihat arwah tok wan untuk masuk ke Maktab Mahmud Alor Setar. Masa tu Maktab Mahmud cuma 1 ni sahaja, tak macam sekarang banyak cawangan. Nak dapat masuk ke Maktab Mahmud pun payah jugak. Pengambilan cuma sekitar 300 pelajar, yang datang interview melebihi 5000 calon.

Bila dapat peluang belajar di Maktab Mahmud rasa seronok sangat. Orang kata ngaji kat sini best.

Aku cuma minat ngaji ilmu Feqah. Maklum la nama pun Abu Hanifa, dekat-dekat dengan nama Imam Abu Hanifah.

Bila masuk kelas kena ngaji bahasa Arab pulak. Adus memang tensyen. Di sekolah biasa mungkin belajar sekitar 7-8 subjek, tapi kami kat sini dekat 20 subjek. Kebanyakan subjek Arab.

Abang-abang senior kata kalau nak skor kena banyak menghafaz. Waktu tu memang pulun hafaz betoi-betoi. Nak berasap jugak kepala ni.

Keputusan 1 keluar aku dapat no 3 dalam kelas aku. Kira ok jugak la. Dalam keadaan tak dak asas bahasa Arab, tapi boleh potong orang yang ada asas Arab, rasa seronok jugak.

Nanti aku sambung lagi..

 

 

Faham dan Menilai

Saya tak reti dan tak faham bahasa Urdu. Kalau orang bagi kat saya buku yang power dalam bahasa Urdu, confirm saya tak tau nak hargai buku tu sebab saya tak tau nak menilainya.

Buku tu kalau bagi kat Ust Haslin Bollywood memang dia akan jaga elok-elok :)

Kita orang Islam, hari-hari kita solat dan baca Quran. Macamana kita nak rasa kagum dengan kehebatan Al Quran kalau kita tak dak ilmu tentang bahasa Arab?

Anda boleh mampu fahami bahasa Arab dengan mula belajar tajuk-tajuk yang mudah terlebih dahulu :)

20140628-171036-61836882.jpg